Saturday, December 8, 2018

Membantu anak menulis dengan kemas dan rapi

Ramai tanya Kenapa anak menulis tidak kemas dan rapi?

Antaranya:
1) Tulisan anak terlalu besar
2) Tulisan anak tiada jarak antara satu perkataan dengan perkataan yang lain
3) Huruf besar dan kecil bercampur baur

Bagaimana ini boleh berlaku?

1) Ada masalah visual persepsi,di mana perbezaan jarak dan sesetengah huruf dilihat seakan sama oleh anak anak,padahal ianya berbeza

2) Pegangan pensel yang tidak berapa kuat disebabkan kurang kekuatan tangan

Antara aktiviti yang dapat membantu adalah:-

1) Aktiviti mencari barang tersembunyi

2) Mencari perbezaan di antara dua gambar yang Sama

3) Lakukan aktiviti 'joint dot dot'

4) Latih kekuatan kemahiran motor halus

dan banyak lagi..Antara serba sedikit perkongsian pengalaman dan ilmu dari saya,

Nurlianaramli
Occupational Therapist
ummi OT